Melalui program Internship, pelajar akan dapat:
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah.
- Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
- Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
- Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
- Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
- Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.
- Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru.
- Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
- Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.
- Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.